Sunday 22 May 2011

Ais krim coklat + strawberry + vanilla = CHOSTRAVA !

abang, same tak? macam wallpaper blog kan hehehe


Aku pon tak tahu lah, ni blog aku yang kali ke berape entah aku pon tak tahu. Haha, okay la. Kalau tak silap, masuk blog ni, aku dah ade 3 blog je baru :) Tapi ye la kan, blog-bog yang lepas tu macam tak matang aje lagi kan. Teringin jugak nak buat blog yang OFFICIALLY MINE. Aku dah mula mem-blog-ing since aku Form 1. Percaya tak? Tapi blog yang pertama sekali aku buat, aku dah delete due to the uncontrolled condition. Then, bila aku dah masuk Form5 kalau tak silap, aku buat lagi yang baru. Haa, tu pun aku buat lepas tamat SPM. Yang baru ni pon aku buat setelah tamat matrikulasi.

Mula-mule terfikir nak buat blog biasa-biasa sahaja, tapi hampir terlupa yang aku sedang menjalankan business atas talian :D Maka, tak salah rasanya bagi aku sekiranya aku mahu memperluaskan lagi business aku yang tak seberapa ni. Permulaan hanyalah sebagar Wholesaler, dan kemudiannya bertukar kepada Dropshipping. Macam biasa, best rasanya bila bertemu dengan orang ramai. Macam dahulu, aku kerja di Poliklinik Shaikh, bertemu dengan pelbagai ragam masyarakat terutamanya pesakit-pesakit yang perlu dilayan seperti raja *first class la konon*. Wops, rasanya tak boleh cerita lama-lama sebab dalam post akan datang aku akan cerita pasal ni, okay? :)

Geli hati aku bila teringat reaksi Ayiez bila tengok blog baru aku ni. "Eh, macam aiskrim la. Aiskrim vanila, strawberry and coklat. Aiskrim ni da cair." Hahahaha. Dia kata theme blog aku ni macam aiskrim cair. Adoii, adoii. Aiskrim pon aiskrim la. Teringat juga time kita makan aiskrim mcd sama-sama haritu. Haih, dah lama tak jumpa si dia. Rindu rasa hati ini . . .

No comments:

Post a Comment